Sunday, 9 September 2012

PENGENALAN KEPADA KEMAHIRAN HIDUP

Kemahiran hidup merupakan mata pelajaran elektif untuk murid sekolah rendah dan menjadi mata pelajaran teras bagi pelajar menengah rendah. Jika dilihat dari pelbagai sudut, mata pelajaran Kemahiran Hidup ini penting dan juga menyumbang ke arah pembetukan generasi yang berilmu dan mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
 
Selain itu, mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.

 



No comments:

Post a Comment