Sunday, 9 September 2012

Keselamatan dan organisasi bengkel

Salam semua... apa khabar hari ini? harap semua sihat... kali ini saya nak memberitahu satu perkara yang sangat penting sebelum kita memasuki bengkel.. Nak tahu apa?? cuba teka... =)

Jawapanya ialah KESELAMATAN ketika berada di dalam bengkel... 

Bagaimanakah untuk kekal selamat ketika berada di dalam bengkel??? Caranya ialah, kita perlu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

Antara peraturannya ialah :
1. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk atau keluar dari bengkel.

2. Beratur terlebih dahulu diluar bengkel sebelum menerima arahan masuk dari guru.

3. Jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa masuk dan keluar dari bengkel

4. Dilarang sama sekali membawa beg masuk ke dalam bengkel.

5. Pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan pengudaraan yang baik dan pencahayaan mencukupi.

6.Labelkan semua peralatan dan bahan.

7. Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika berlaku kemalangan.

8. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan aktiviti.

9. Pastikan bahan dan peralatan dan bahandijaga baik dan sempurna.

Selain itu, murid - murid juga perlu berpakaian kemas seperti dibawah ni.


Pentingkan keselamatan dan ingatlah orang yang tersayang... =)

No comments:

Post a Comment